top of page

Yayasan Wilayah Persekutuan Sokong Program SRM ECO KOMUNITI @Sg Bunus Anjuran UTMKL

ree

KUALA LUMPUR, 4 OKTOBER 2025 — Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus komited menyokong inisiatif berteraskan kelestarian alam sekitar menerusi penglibatan dalam Program SRM ECO KOMUNITI @Sg Bunus anjuran Sekretariat Rakan Muda Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur yang berlangsung di Kebun Bandar, Sungai Bunus.

Program ini dirangka sebagai pendekatan holistik untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar di samping mempromosikan gaya hidup sihat dan lestari dalam kalangan pelajar universiti serta komuniti setempat.

Penganjuran program ini turut melibatkan komuniti penduduk Setiawangsa dan ahli-ahli Rakan Muda sebagai platform interaksi antara pelajar dan masyarakat, sekali gus memperkukuh nilai tanggungjawab sosial serta semangat kesukarelawanan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWP, YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, yang turut menyatakan penghargaan terhadap usaha UTMKL dalam memperkasakan agenda hijau di peringkat akar umbi.

Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran ini, YWP turut menyumbang RM3,000.00 bagi membantu menampung kos pelaksanaan program tersebut, selaras dengan komitmen yayasan dalam memperkasa inisiatif komuniti dan pembangunan belia bandar.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page