YB Dr. Zaliha merasmikan Seminar Kecemerlangan SPM Tahun 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

SEMINAR KECEMERLANGAN SPM TAHUN 2024 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2024 – YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merasmikan Seminar Kecemerlangan SPM Tahun 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seramai 300 orang pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari 76 buah Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan Labuan telah terpilih menyertai Seminar Kecemerlangan SPM yang diadakan secara percuma. Seminar ini dianjurkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Program ini berlangsung selama empat hari, bermula dari 19 hingga 22 Ogos 2024, bertempat di Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kos keseluruhan program seminar ini berjumlah RM270,000.00, merangkumi pelaksanaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas sokongan dan kerjasama yang diberikan khusus untuk seminar di Kuala Lumpur. Melalui program ini juga YWP turut menyumbangkan pembukaan akaun simpan SSPN kepada 300 orang pelajar SPM yang menyertai seminar.
Yayasan Wilayah Persekutuan saban tahun melaksanakan pelbagai program Pendidikan untuk seluruh warga Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Comentários