top of page

YB Menteri Wilayah Persekutuan ziarah mangsa kemalangan LRT

25-5-2021 Negara digemparkan dengan tragedi kemalangan antara dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru, pada hari Isnin lalu yang melibatkan 213 penumpang .


YB Tan Sri TPr. Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan bersama YB Datuk Seri Wee Ka Siong - Menteri Pengangkutan, telah turun padang ke Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mengetahui keadaan mangsa insiden ini.


Turut hadir YBhg Datuk Zaizalnizam Zainun - Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan dan pihak pengurusan syarikat Prasarana Malaysia Berhad.


Dalam ziarah ini, YB Tan Sri TPr. Annuar Musa dengan prihatin menyerahkan sumbangan bakul makanan serta wang tunai kepada mangsa yang terlibat. Semoga bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban mangsa serta ahli keluarga di saat-saat yang sebegini traumatik.


Kami di Yayasan Wilayah Persekutuan juga sentiasa mendoakan agar semua yang terlibat dalam kemalangan LRT ini segera sembuh dan akan pulih seperti sediakala.


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page