top of page

YWP Agih RM70,300 Melalui Skim Bantuan Awal IPT & Skim Khairat Kematian

ree

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan Majlis Penyampaian Cek Skim Bantuan Awal IPTA & IPTS serta Skim Khairat Kematian YWP 2025 di Dewan Masjid Jamek, Kampung Baru, di sini, hari ini.


Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWP, YBrs Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed bersama Pengurus Kawasan Pejabat Cawangan Titiwangsa, YBrs Puan Nur Jalilah Md. Joha yang hadir mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur.


ree

Sebanyak RM70,300 diagihkan kepada penerima manfaat, melibatkan 79 pelajar institusi pengajian tinggi dengan jumlah RM55,300 di bawah Skim Bantuan Awal serta 15 penerima Skim Khairat Kematian berjumlah RM15,000.


Skim Bantuan Awal yang diwujudkan sejak 2014 menyediakan sumbangan one-off sebanyak RM700 bagi pelajar baharu IPT. Sehingga kini, lebih RM3.4 juta telah disalurkan kepada 5,291 pelajar dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Sementara itu, Skim Khairat Kematian memberi sumbangan tunai segera kepada keluarga yang berdepan kehilangan ahli tersayang sebagai bantuan kewangan asas.


Menurut YWP, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan untuk memperkasa masyarakat melalui pendidikan dan kebajikan serta memastikan bantuan diagihkan secara telus kepada golongan memerlukan.


YWP turut merakamkan penghargaan kepada DBKL, rakan korporat serta individu penyumbang yang terus mendukung program kebajikan ini. – YWP

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page