top of page

YWP bantu golongan sasaran di Kuala Lumpur


18 Oktober 2023 - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) prihatin dalam usaha membantu warga Wilayah Persekutuan yang miskin dan kurang berkemampuan. Ini selari dengan usaha dan Hasrat Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim menoktahkan kemiskinan.


Hari ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) YBhg. Tuan HJ. Gulam Muszaffar Bin HJ. Gulam Mustakim, turun padang bersama-sama menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Taman Beringin, Jinjang Utara) , Perumahan Awam Sri Kelantan dan Hospital Kuala Lumpur


Tiga orang warga Wilayah Persekutuan yang kurang bernasib baik ini menerima bantuan khas pada kali ini ialah En. Abd Kadir Bin So’al yang menetap, Taman Beringin Jinjang Utara. Bantuan ini disalurkan memandangkan beliau dan isteri merupakan warga emas yang tinggal sendirian. Beliau juga mengidap penyakit Jantung, kencing manis, darah tinggi dan kini sakit terlantar kerana patah tulang peha .


Penerima kedua, Puan Nor Seri Wanny bt Mohd Kassim, Beliau kini berhenti kerja atas sebab menjaga sepenuhmasa ibunya yang sakit kencing manis dan kini menjalani dialisis 3 kali seminggu. Ibunya menggunakan oksigen pernafasan setiap masa kerana kesukaran bernafas. sebuah kerusi roda untuk kemudahan pergerakan beliau.



Penerima ketiga pula, Puan Rozita binti Muda, Beliau kini mengidap penyakit kencing manis dan kaki kirinya telah dipotong hingga paras lutut manakala kaki kanannya tinggal 2 jari sahaja. Beliau tidak pernah berkahwin dan kini tinggal bersama kakaknya yang merupakan ibu tunggal.


Semoga bantuan yang disalurkan oleh YWP akan menjadi contoh dan diharapkan bantuan yang diberikan mampu mengurangkan beban kedua-dua penerima bantuan ini.


YWP mengalu-alukan sumbangan dari individu atau syarikat korporat untuk bersama-sama YWP dalam usaha meningkatkan taraf hidup warga Wilayah serta menoktahkan kemiskinan bandar dengan menyalurkan sumbangan anda ke Tabung Kebajikan & Pelajaran YWP di CIMB Bank, No akaun: 8001103675 atas nama "YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN" serta catatkan kod "SUMBANGAN TABUNG YWP", Setiap sumbangan yang diberikan akan mendapat resit Potongan Cukai .


Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page