top of page

YWP & Ehsan Group of Companies sumbang program Harapan Ramadan 2026

  • 10 hours ago
  • 2 min read

BANDAR TUN RAZAK, 14 Mac (24 Ramadan 1447H) – Sempena program Harapan Ramadan 2026 anjuran CIMB islamic Bank dan YADIM, Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Ehsan Group of Companies juga telah menyumbang kepada kemeriahan majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Al-Najihin.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail yang juga isteri Perdana Menteri.

Majlis yang sarat dengan semangat kebersamaan dan keprihatinan ini, memperlihatkan seramai 100 orang asnaf warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim dalam kalangan masyarakat kawasan berkenaan, yang dikenal pasti oleh pihak pengurusan Masjid Al-Najihin, menerima sumbangan bakul makanan yang disediakan oleh CIMB Islamic Bank dan YADIM. Pada masa yang sama, Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Ehsan Group of Companies turut menyantuni para penerima dengan bantuan tunai sebanyak RM150 setiap seorang. Keceriaan Ramadhan ini ditambah, dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak bawah 12 tahun yang hadir memeriahkan majlis.

Inisiatif kebajikan ini mencerminkan komitmen berterusan Yayasan Wilayah Persekutuan bersama rakan-rakan strategik dalam memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri. Usaha ini juga menjadi manifestasi sokongan padu para pemegang amanah dan kepimpinan yayasan dalam memperkukuh agenda kebajikan serta kesejahteraan masyarakat Wilayah Persekutuan.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Yang Dipertua YADIM - Datuk Dr Hasan Bahrom, Ketua Pejabat Pengurusan Perniagaan CIMB Islamic Bank, Puan Nor Jannah Nor'Azam, Pengerusi Masjid Al-Najihin - Tuan Syed Amru Syed Abdullah, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Cheras - Deputi Supritendan Mohd Hisyam Mohd Salleh, Pengasas Ehsan Group Of Companies - Dato' Haji Abdul Hamid P.V Abdu, serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan - Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed.

Program bermula seawal pagi dengan penduduk kawasan sekitar masjid dan sekretariat bergotong-royong menyediakan Bubur Lambuk untuk diagihkan kepada para jemaah yang hadir. Kemudiannya, satu tazkirah khas disampaikan oleh Daie Komuniti YADIM, Ustaz Bilal sementara menunggu majlis perasmian.

Semoga sumbangan yang disampaikan bukan sahaja membantu meringankan beban penerima, malah membawa kegembiraan menjelang Aidilfitri. Yayasan Wilayah Persekutuan akan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan demi kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, selaras dengan aspirasi memperkukuh masyarakat yang lebih sejahtera dan inklusif.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page