top of page

YWP peruntuk RM3 juta bagi SPBT tahun 2021


SERAMAI 138 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dalam kelompok keluarga B40 menerima skim bantuan pelajaran di Rumah Prihatin @GrandSeasons, pada selasa.


Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Datuk Zaizalnizam Zainun berkata, Skim Biasiswa Pengajian Tinggi (SBPT) dan Skim Bantuan Awal IPT adalah khusus untuk anak warga Wilayah Persekutuan yang mendapat tawaran di mana-mana IPT awam.


“SBPT yang diberikan kali ini adalah bagi sesi 2020/2021 di mana seramai 18 orang pelajar telah hadir dan lulus temu duga seterusnya layak untuk menerima biasiswa ini. “Manakala bilangan bagi Skim Bantuan Awal IPT adalah seramai 247 pelajar khusus buat warga Wilayah Persekutuan daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian,” katanya kepada Wilayahku.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Cek Skim Biasiswa Pengajian Tinggi, Skim Bantuan Awal IPT dan Skim Prihatin Tahun 2021. Tambahnya, YWP memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi penyerahan Skim Bantuan Awal IPT dan Skim Prihatin tahun 2021. Dalam pada itu, beliau berharap biasiswa yang diberikan dapat digunakan sebaik mungkin oleh setiap penerima dan memanggil semua anak Wilayah Persekutuan untuk memohon biasiswa yang disediakan.


“Saya harap biasiswa ini dapat meringankan beban pelajar dari segi kewangan dan dapat mengekalkan prestasi cemerlang. “Bagi pelajar B40, mereka boleh membuat permohonan di laman web rasmi Yayasan Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan borang-borang dan maklumat berkaitan bantuan yang disediakan,” ujarnya. Majlis yang sama juga turut menyaksikan penyampaian bantuan kewangan kepada 13 orang waris ahli Skim Prihatin Wilayah Persekutuan yang merupakan skim khairiat kematian bagi warga Wilayah Persekutuan. -


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page