YWP Santuni Warga Batu: Skim Bantuan Khas Perubatan Ringankan Beban Golongan Sasar
Feb 27
1 min read
KUALA LUMPUR, 2 Disember 2025 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) meneruskan misi kemanusiaannya melalui program turun padang bagi menyantuni warga Parlimen Batu yang memerlukan sokongan kesihatan.
Ketua Pegawai Eksekutif YWP, YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, hadir sendiri ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut. Turut serta dalam sesi tersebut ialah Ahli Parlimen Batu, YB Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran.
Sumbangan yang disalurkan ini merupakan sebahagian daripada Skim Bantuan Khas (Perubatan) YWP. Inisiatif ini direka khusus sebagai bantuan kewangan secara one-off untuk membantu meringankan bebanan kos rawatan dan keperluan perubatan mendesak yang dihadapi oleh penduduk Wilayah Persekutuan.
Dr. Abdul Basir menegaskan bahawa kehadiran YWP di peringkat akar umbi adalah untuk memastikan setiap permohonan yang kritikal mendapat perhatian segera.
"YWP komited untuk bertindak sebagai nadi sokongan kepada warga Wilayah. Kami mahu memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang benar-benar diuji dengan masalah kesihatan agar kebajikan mereka terus terbela," ujar beliau semasa sesi santuni tersebut.
Kerjasama antara YWP dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu ini membuktikan keberkesanan sinergi antara agensi dan wakil rakyat dalam mengenal pasti golongan sasar yang memerlukan bantuan kecemasan.
Pihak YWP akan terus konsisten dalam melaksanakan agenda kesejahteraan sosial ini demi memastikan kelangsungan hidup warga Wilayah Persekutuan yang lebih berkualiti, selaras dengan semangat Malaysia MADANI.
Comments