top of page

YWP Santuni Warga JWP: 50 Kakitangan Terima Sumbangan Program Back To School

  • 3 days ago
  • 1 min read

PUTRAJAYA, 7 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus memperkasakan agenda kebajikan warga kerja melalui pelaksanaan Program Back To School yang berlangsung di Auditorium Menara Seri Wilayah, Blok 1, hari ini.
Inisiatif ini menyaksikan seramai 50 orang kakitangan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menerima sumbangan baucer pendidikan sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan akan datang. Program dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa, selain memberikan sokongan moral dan keceriaan kepada murid-murid.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosioekonomi) JWP.
Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi turut memeriahkan majlis, antaranya:
  • Y.Brs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif YWP.
  • YBhg. Dato’ Mohd Zulkifli bin Hashim, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Wilayah Persekutuan (KESWIP).

Menurut Dr. Abdul Basir, program ini adalah manifestasi komitmen berterusan YWP dalam memastikan kebajikan penjawat awam di bawah naungan Jabatan Wilayah Persekutuan sentiasa terpelihara.
"YWP sentiasa peka dengan keperluan warga kerja kita. Melalui kerjasama strategik bersama rakan korporat seperti TNB, kita dapat menyalurkan bantuan yang lebih bermakna bagi membantu mereka menguruskan kos kelengkapan sekolah anak-anak dengan lebih terancang," ujar beliau.

Kerjasama erat antara YWP, JWP, dan KESWIP dalam menjayakan program ini membuktikan keutamaan yang diberikan terhadap kebajikan warga kerja sebagai tunjang utama penyampaian perkhidmatan yang cemerlang di Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dalam menjaga kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page