YWP Santuni Warga Sukan: Serah Sumbangan Back To School Buat Anak-Anak MSWP
3 days ago
1 min read
PUTRAJAYA, 9 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) meneruskan siri jelajah kebajikannya menjelang pembukaan penggal persekolahan dengan menyantuni warga kerja Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), hari ini.
Menerusi Program Back To School, YWP menyalurkan bantuan berupa baucer kelengkapan sekolah bagi meringankan beban kewangan kakitangan MSWP, sekali gus memastikan anak-anak warga sukan wilayah dapat memulakan sesi persekolahan dengan kelengkapan yang sempurna.
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Y.Brs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, bersama Pengarah MSWP, Y.Brs. En. Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh.
Pertemuan ini bukan sahaja menjadi platform penyerahan bantuan, malah mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara YWP sebagai nadi kebajikan dan MSWP yang menerajui pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan.
Menurut Dr. Abdul Basir, sumbangan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat buat anak-anak warga MSWP untuk kembali ke sekolah dengan lebih ceria.
"YWP sentiasa komited dalam menyokong agenda pendidikan. Kami mahu anak-anak ini merasa dihargai dan bersemangat untuk menuntut ilmu. Apabila beban ibu bapa diringankan, tumpuan kepada pembangunan potensi anak-anak akan menjadi lebih baik," jelas beliau semasa majlis tersebut.
Program Back To School 2026 merupakan inisiatif tahunan YWP yang dirangka khusus untuk menyantuni pelbagai lapisan warga kerja di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Langkah ini selaras dengan nilai ihsan dalam aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan kesejahteraan menyeluruh komuniti wilayah.
Comments