top of page

YWP serah sumbangan kepada penduduk Rumah Panjang PA Bukit Kiara sempena sambutan Deepavali


2 November 2021 KUALA LUMPUR – 100 buah keluarga berbangsa India yang telah 38 tahun terpaksa bermastautin di Rumah Panjang PA Bukit Kiara serta anak-anak mereka, gembira menerima pelbagai bantuan dari Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Rumah Prihatin @ Grand Seasons (Rumah Prihatin), sempena hari raya Deepavali pada tahun ini.


Sumbangan berbentuk wang tunai serta bantuan kotak makanan telah disampaikan kepada ketua keluarga oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi YWP. Kemudiannya, seramai 50 orang kanak-kanak India berumur di bawah 12 tahun dari kalangan penduduk Rumah Panjang PA Bukit Kiara serta mereka yang memohon bantuan di Rumah Prihatin, dibawa menaiki bas ke Kedai Pakaian Hari-Hari.

Anak-anak ini dapat memilih sendiri baju raya kesukaan mereka untuk dipakai pada hari raya nanti. Dan bagi tujuan keselamatan, anak-anak ini turut ditemani oleh penjaga mereka sewaktu aktiviti membeli-belah ini berlangsung. Selaras keperluan menjaga penjarakan sosial dan keadaan sesak, seluruh kedai ditutup kepada umum, ketika anak-anak ini membeli belah. Kesemua bantuan sempena Hari Raya Deepavali ini diyakini dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan akibat hilang punca pendapatan kesan pandemik Covid-19 selama ini.

Turut hadir memeriahkan acara pemberian bantuan sempena Deepavali ini ialah,Y.Bhg Datuk Zaizalnizam bin Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif YWP serta Y.Bhg Dato’ Mohd Irwan Rizal, Pengarah Rumah Prihatin. YWP dan Rumah Prihatin turut merancang untuk meningkatkan sumbangan bantuan Hari Raya Deepavali ini kepada 500 orang penerima dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan demi keriangan kanak-kanak dan ahli keluarga warga India yang merupakan sebahagian dari Keluarga Malaysia di Wilayah Persekutuan. Aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini turut mendapat kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pulse Grande Hotel Putrajaya dan Pusat Pakaian Hari-Hari.


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page