top of page

YWP sumbang 480 buah khemah, 30,000 cenderahati


YAYASAN Wilayah Persekutuan (YWP) menyumbang sebanyak 480 buah khemah kepada peniaga yang terlibat dalam Program Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022, baru-baru ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zaizalnizam Zainun, khemah yang disumbangkan boleh terus dibawa balik oleh peniaga sejurus selesai program tersebut.

Tambah beliau selain khemah, YWP juga turut menyediakan 30,000 cenderahati kepada pengunjung terawal yang menghadiri program tersebut bermula 20 Oktober hingga 22 Oktober 2022 lalu bertempat di Dataran Merdeka. “Pesta tersebut merupakan sebahagian daripada Program Usahawan Anak Muda Kota (UAMK) yang sedang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan. “Kalau kita lihat kebanyakan peniaga yang terlibat adalah golongan anak muda dari pelbagai negeri yang mana dengan adanya program sebegini dapat membantu serta memberi ruang kepada mereka menceburi bidang perniagaan. “Selain daripada itu, kita turut merancang untuk meneruskan pesta seperti ini di Wilayah Persekutuan dalam skala yang lebih kecil,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, Program Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 diadakan susulan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha membantu serta memberi sokongan terhadap peniaga yang terjejas. Ia berjaya menghimpunkan lebih 506 usahawan, peniaga dan penjaja dari seluruh negara.


Program tersebut merupakan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia. Mengulas lanjut tentang program lain yang direncanakan YWP, Zaizalnizam berkata YWP sedang bersiap siaga untuk sebarang bencana seperti banjir dan akan memberi bantuan berupa makanan, tilam, dan bantal kepada mangsa terjejas.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page