YWP Teraju Kecemerlangan Usahawan di MADANI Business Awards 2025
- Feb 27
- 2 min read

KUALA LUMPUR, 28 November 2025 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus membuktikan komitmennya dalam memacu ekonomi negara apabila tampil sebagai penganjur bersama bagi malam anugerah berprestij, MADANI Business Awards 2025 (MBA 2025) yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Hotel InterContinental, di sini malam ini.
Membawa tema “Excellence With Values”, majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan tertinggi kepada barisan usahawan dan tokoh industri yang bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan dalam perniagaan, malah menjulang nilai-nilai murni selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Majlis diserikan dengan keberangkatan tiba TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, yang turut menyempurnakan lafaz perasmian malam anugerah tersebut.
Kehadiran barisan tetamu kehormat lain turut menambah seri majlis, antaranya:
YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
YB Dato’ Seri Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak.
YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Haji Muhammed bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol.










































Comments