top of page

YWP Ucap Tahniah Atas Pelantikan Kepimpinan Baharu Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

  • Feb 27
  • 1 min read


KUALA LUMPUR – Seluruh warga kerja Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan atas pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu.
Pada masa yang sama, YWP turut menzahirkan ucapan tahniah kepada YB Datuk Lo Su Fui di atas amanah yang diberikan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Kepimpinan baharu ini diharapkan dapat menerajui agenda pembangunan dan kesejahteraan sosial dengan visi yang lebih dinamik. YWP yakin bahawa gandingan kepimpinan ini akan membawa sinar baharu serta impak positif yang signifikan buat seluruh warga di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam memacu aspek kebajikan dan pembangunan komuniti, YWP komited untuk memberikan kerjasama sepenuhnya di bawah naungan kepimpinan YB Menteri dan YB Timbalan Menteri. Kerjasama erat ini adalah bagi memastikan aspirasi Malaysia MADANI terus diperkasakan, seterusnya menjamin kualiti hidup yang lebih baik buat masyarakat wilayah.

Semoga YB Puan Hannah Yeoh dan YB Datuk Lo Su Fui diberikan kekuatan dan kemudahan dalam menggalas tanggungjawab besar ini demi kemajuan Wilayah Persekutuan yang lebih inklusif dan mampan.
 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page