YWP & Yayasan Hasanah kolaborasi dalam inisiatif pendidikan komuniti
- Yayasan Wilayah Persekutuan

- 3 days ago
- 1 min read

30 Oktober 2025 Yayasan Hasanah dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus memperkukuh hubungan strategik melalui kolaborasi dalam inisiatif pendidikan komuniti. Baru-baru ini, wakil daripada Pasukan Monitoring, Learning & Evaluation, Knowledge (MLEK) Yayasan Hasanah, Cik Azri Ardila dan Cik Natasya Nadzmi telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemerkasaan Pendidikan dan Komuniti (PREPKOM) di PPR Hiliran Ampang bagi meninjau pelaksanaan program tuisyen SPM yang dibiayai oleh Yayasan Hasanah.
Dalam sesi lawatan ini, mereka berpeluang bertemu secara langsung dengan para pelajar, tenaga pengajar dan wakil YWP, diketuai oleh Puan Siti Nadiah Ariff, Penolong Pengurus Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Sosial. Perbincangan yang dijalankan turut memberi ruang untuk menilai keberkesanan program serta mengenal pasti penambahbaikan bagi memperkukuh impak kepada golongan sasar.
Usaha bersama ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua yayasan dalam memperkasa masyarakat berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan melalui pendidikan berkualiti dan peluang pembelajaran yang inklusif. Dengan sokongan strategik seperti ini, diharapkan lebih ramai anak muda daripada komuniti PPR akan mendapat peluang cerah untuk mencapai kecemerlangan akademik dan membina masa depan yang lebih sejahtera.













































Comments