top of page

Datuk Bandar serah bendera Wilayah Persekutuan



Kuala Lumpur, 29 Januari 2024 - Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman Bin Mat Salleh menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Wilayah Persekutuan bertempat di Lobi Menara DBKL 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama adalah Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), YBrs. Tuan Haji Abdul Rahman bin Siraj.

Penyerahan bendera merupakan simbolik kepada Kempen Kibar Bendera Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 yang bakal diadakan pada bulan Februari.  Program ini diadakan memupuk semangat patriotisme serta semangat kekitaan dalam kalangan warga Wilayah di samping menambah elemen keceriaan di bangunan Wisma YWP.


Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page