top of page

YWP peruntuk RM200,000 untuk kelas digital


20,000 pelajar SPM dapat manfaat

YAYASAN Wilayah Persekutuan (YWP) memperuntukkan RM200,000 bagi menyediakan platform dan akses kelas digital SPM Mahir tutor yang akan memberi manfaat kepada 20,000 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun, kelas digital merupakan salah satu Inisiatif Wilayah Cakna (IWC) 5.0 yang diwujudkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) itu bakal bermula pada 1 Jun akan datang.

“Kita mendapat kerjasama dengan pihak syarikat penyedia kemudahan tuisyen dalam talian iaitu Planet Mahir yang mana kita hanya membayar dengan harga paling minima iaitu RM10 untuk setiap pelajar. “Ia merangkumi permulaan dari bulan Jun sehinggalah tarikh peperiksaan SPM tahun 2021. Pada mulanya dijangkakan kelas ini sehingga bulan Oktober atau November tetapi kita sendiri tidak tahu bagaimana keadaan pandemik COVID-19 ini sama ada SPM akan ditangguhkan atau tidak. Walau bagaimanapun, pendekatan kita adalah pada 1 Jun ini ia boleh diakses sehingga tarikh peperiksaaan SPM selesai,” ujar beliau.


Ditanya berkenaan syarat-syarat bagi pelajar yang ingin menyertai kelas digital tersebut, Zaizalnizam berkata selagi mana mereka merupakan calon SPM tahun 2021 dan belajar di Wilayah Persekutuan maka secara automatiknya layak. “YWP akan mendapatkan nama-nama pelajar yang terlibat daripada pihak sekolah bagi memberi kata laluan untuk mereka mengakses kelas tersebut. “Kita akan sentiasa memantau para pelajar antaranya dari segi melihat berapa jumlah dalam kalangan mereka yang menyertai kelas dalam talian sekali gus memastikan sejauh mana keberkesanan kelas digital yang dilaksanakan ini,” tambah beliau.


Katanya lagi, kelas tersebut merangkumi 10 subjek teras atau wajib lulus SPM iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. “Kesemua kelas pembelajaran ini direkodkan dalam (video on demand) yang membolehkan pelajar untuk mengaksesnya melalui semua jenis peranti dan berinteraksi dengan tutor melalui live chat,” ujar beliau lagi. Beliau berharap agar calon SPM di Wilayah Persekutuan dapat memanfaatkan platform ini dengan sebaiknya sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan besar itu tidak lama lagi. “Ulang kaji pelajaran dengan rajin dan ambil peluang ini sebagai satu kemudahan untuk belajar secara dalam talian memandangkan kita sekarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Saya mengharapkan tidak ada lagi isu kelas dalam talian mahal dan sebagainya. Mata pelajaran yang disediakan di kelas digital SPM Mahir tutor ini berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” kata beliau.


Untuk maklumat lanjut mengenai Kelas Digital SPM YWP,

Comentarios


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page