“Sinar Deepavali: YB Hannah Yeoh & YWP Hulur Sumbangan, Ceriakan Komuniti!”
- Yayasan Wilayah Persekutuan
- Oct 20, 2024
- 1 min read


Kuala Lumpur, 20 Oktober 2024 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah mengadakan program sumbangan sempena Deepavali kepada penduduk di Rumah Panjang Bukit Kiara. Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan, dan telah berlangsung di Perumahan Awam Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Sebanyak 98 keluarga yang menetap di Rumah Panjang Bukit Kiara telah menerima sumbangan YWP secara tunai berjumlah RM500 kepada setiap penerima, Selain itu, YB Hannah Yeoh turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada semua 98 keluarga yang terlibat. Bantuan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban penduduk dalam menyambut perayaan Deepavali.
Program bermula pada pukul 9.00 pagi dengan ketibaan pengurusan tertinggi YWP dan penerangan sebelum bermula program. Pada pukul 11.00 pagi, YB Hannah Yeoh tiba dan memulakan penyerahan sumbangan.
Turut serta, YBhg. Dr. Abdul Basir Bin V. Kunhimohamed, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Pengurusan tertinggi YWP serta kakitangan dan juga kakitangan pejabat Ahli Parlimen Segambut.
YWP sentiasa komited dalam membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif kebajikan dan akan terus memainkan peranan aktif dalam usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk di Wilayah Persekutuan.
Comments