

Kunjungan hormat Utusan Malaysia ke YWP
20 Julai 2026 | Wisma YWP, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Utusan Malaysia di Wisma YWP bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh penyampaian maklumat serta memperluaskan hebahan program dan inisiatif YWP kepada masyarakat. Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai peranan media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan informasi yang tepat, berimpak dan memberi manfaat kepada kom


Datuk Wira Dr. Ramli Bin Tahir dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan
Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Wira Dr. Ramli Bin Tahir atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan yang berkuat kuasa pada 2 Julai 2026. Surat pelantikan telah disampaikan oleh YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan, kepada Datuk Wira Dr. Ramli Bin Tahir dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Yayasan Wilayah Perse


Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah Residensi Kecapi
Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah Residensi Kecapi antara Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP) dan Sentul Raya Sdn. Bhd. telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2026 di Wisma YWP, Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran Y.Bhg. Dato’ Hamidah Binti Maktar, Pengarah Eksekutif YTL Land & Development Berhad, Y.Bhg. Datuk Rasdi Ramli, Pengarah YTL Management, serta Y.Brs. Dr Abdul Basir Bin V. Kunhimohamed, Pengarah Syarikat Peru


Kunjungan hormat ke Lembaga Tabung Haji
Kunjungan hormat ke Lembaga Tabung Haji membuka lembaran kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan komuniti dan kesejahteraan sosial, khususnya buat pelajar serta masyarakat di Wilayah Persekutuan. Perbincangan YWP bersama Jabatan Syariah TH memberi penekanan kepada usaha memperkukuh ummah melalui inisiatif berimpak tinggi, berteraskan nilai CSR yang mampu memberi manfaat meluas di peringkat nasional. Delegasi YWP diketuai oleh Datin Ts. Dr. Ida Harlina Ikhwan Nasir, b


Majlis Rumah Terbuka UOB Asset Management
1 April 2026 - Dalam semangat Aidilfitri yang penuh keberkatan, Jabatan Kewangan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka UOB Asset Management di Menara Ilham. Kehadiran delegasi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Y.Brs. Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed, disambut mesra oleh barisan kepimpinan UOB Asset Management. Antaranya Puan Lim Suet Ling, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UOB Asset Management; Puan Elena Tek W


Lensa Karnival KL MADANI
Satu lagi inisiatif buat warga Wilayah. Majlis perasmian oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (WIlayah Persekutuan) petang tadi menyaksikan penyatuan pelbagai agensi dan usahawan di bawah satu bumbung demi memberi manfaat terus kepada rakyat. Majlis perasmian ini turut diserikan dengan kehadiran YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk


Selamat kembali ke sekolah - YWP
12 Januari 2026 - Selamat kembali ke sekolah! Mari kita mulakan sesi persekolahan ini dengan azam yang kuat untuk menimba ilmu setinggi langit. Setiap langkah kecil ke sekolah adalah langkah besar ke arah kejayaan masa depan. Selamat belajar dan selamat maju jaya! Ikhlas daripada: Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ketua Pegawai Eksekutif, kakitangan Yayasan Wilayah Persekutuan serta anak-anak syarikat. #YWP #selamatkembalikesekolah #backtoschool2026 #MalaysiaMADANI


Selamat Menyambut Hari OKU Sedunia Tahun 2025
Di Yayasan Wilayah Persekutuan, kami percaya bahawa keterbatasan fizikal bukanlah penghalang kepada semangat yang kental dan daya usaha yang tinggi. Setiap individu mempunyai peranan penting dalam melengkapkan “puzzle” pembangunan negara kita. Bertepatan dengan tema “Masyarakat Inklusif OKU, Kunci Kemajuan Sosial”, marilah kita bersama-sama membina persekitaran yang lebih menyantuni dan menghargai sumbangan golongan OKU dalam segenap aspek kehidupan. Ikhlas daripada Ahli Lemb


Penyampaian Bantuan Kerusi Roda di Parlimen Segambut - YWP
Kuala Lumpur, 19 November 2025 (Rabu) – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) meneruskan inisiatif prihatin kepada komuniti apabila sesi penyerahan bantuan kerusi roda telah disempurnakan oleh Dr. Abdul Basir, Ketua Pegawai Eksekutif YWP, di Kampung Segambut Tengah, Kuala Lumpur. Penyerahan yang berlangsung pada jam 10.30 pagi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan YWP dalam meringankan beban dan meningkatkan kualiti hidup golongan yang memerlukan, khususnya di Parlim


Majlis Penutup Kem Kepimpinan Khalifah Muda
9 November 2025 - Majlis Penutup Kem Kepimpinan Khalifah Muda 3 Hari telah melabuhkan tirai. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang kini bersedia menjadi agen perubahan. Kem ini adalah kesinambungan usaha pembangunan modal insan berkualiti, hasil kerjasama erat antara Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Terima kasih MAIWP atas pembiayaan Dana yang amat signifikan ini. Turut memeriahkan majlis adalah YBhg. Dr. Abdul Basir





























































