

Selamat kembali ke sekolah - YWP
12 Januari 2026 - Selamat kembali ke sekolah! Mari kita mulakan sesi persekolahan ini dengan azam yang kuat untuk menimba ilmu setinggi langit. Setiap langkah kecil ke sekolah adalah langkah besar ke arah kejayaan masa depan. Selamat belajar dan selamat maju jaya! Ikhlas daripada: Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ketua Pegawai Eksekutif, kakitangan Yayasan Wilayah Persekutuan serta anak-anak syarikat. #YWP #selamatkembalikesekolah #backtoschool2026 #MalaysiaMADANI


YWP Perkasakan Jaringan Komuniti: Kerjasama Strategik Bersama MPP Putrajaya Pastikan Bantuan Sampai Ke Akar Umbi
PUTRAJAYA, 9 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus memperkukuh jalinan kerjasama bersama pemimpin setempat bagi memastikan agenda kebajikan warga Wilayah sentiasa diutamakan. Langkah ini dizahirkan melalui Majlis Penyerahan Bantuan kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Putrajaya yang berlangsung hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Y.Brs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, sebagai simbolik keprihatinan berterusan


YWP Terus Santuni Warga Putrajaya: Baucer 'Back To School' Ringankan Beban Warga PPj
PUTRAJAYA, 9 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) meneruskan komitmennya dalam agenda kebajikan pendidikan apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Y.Brs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, menyempurnakan penyerahan bantuan baucer Back To School kepada warga Perbadanan Putrajaya (PPj), hari ini. Sumbangan ini bertujuan sebagai persediaan awal bagi kakitangan PPj dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak menjelang sesi akademik akan datang, sekali gus meman


YWP Santuni Warga Sukan: Serah Sumbangan Back To School Buat Anak-Anak MSWP
PUTRAJAYA, 9 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) meneruskan siri jelajah kebajikannya menjelang pembukaan penggal persekolahan dengan menyantuni warga kerja Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), hari ini. Menerusi Program Back To School, YWP menyalurkan bantuan berupa baucer kelengkapan sekolah bagi meringankan beban kewangan kakitangan MSWP, sekali gus memastikan anak-anak warga sukan wilayah dapat memulakan sesi persekolahan dengan kelengkapan yang sempurna.


Selamat Menyambut Ulang Tahun KelahiranYB Hannah Yeoh
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan dan kekuatan dalam meneruskan amanah kepimpinan demi kesejahteraan masyarakat Wilayah Persekutuan. YWP PENERAJU KESEJAHTERAAN KOMUNITI


YWP Santuni Warga JWP: 50 Kakitangan Terima Sumbangan Program Back To School
PUTRAJAYA, 7 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus memperkasakan agenda kebajikan warga kerja melalui pelaksanaan Program Back To School yang berlangsung di Auditorium Menara Seri Wilayah, Blok 1, hari ini. Inisiatif ini menyaksikan seramai 50 orang kakitangan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menerima sumbangan baucer pendidikan sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan akan datang. Program dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini bertujuan me


Sinergi YWP-TNB: Program Back To School Ringankan Beban Warga Kerja Perbadanan Kampung Bharu
KUALA LUMPUR, 7 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) meneruskan momentum keprihatinannya pada awal tahun ini dengan melaksanakan penyerahan sumbangan Program Back To School, khusus buat kakitangan Perbadanan Kampung Bharu (PKB) yang layak, hari ini. Program yang dilaksanakan dengan kerjasama strategik Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini bertujuan untuk menyokong keperluan pendidikan anak-anak warga kerja di Wilayah Persekutuan, sekali gus membantu meringankan beban k


Tirai 2026: YWP Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama TNB Demi Kesejahteraan Warga Wilayah
BANGSAR, 6 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) memulakan kalendar tahun baharu dengan langkah proaktif menerusi kunjungan hormat ke ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), hari ini. Pertemuan ini bertujuan meneroka sinergi baharu dalam memperkasakan agenda kebajikan dan pembangunan komuniti di Wilayah Persekutuan. Delegasi YWP diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Y.Brs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, dan disambut mesra oleh YBhg. Datuk Ir. Megat Jala


Selamat Menyambut Tahun Baru 2026
Segenap warga kerja Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga tahun hadapan membawa lebih banyak kejayaan, kesejahteraan, dan keberkatan buat kita semua selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kemaslahatan komuniti Wilayah Persekutuan. Ikhlas daripada: Ahli Lembaga Pemegang Amanah, K


Selamat Hari Natal 2025 buat semua yang meraikannya - YWP
Semoga cahaya kegembiraan Natal menyinari kita semua dalam semangat Malaysia MADANI yang harmoni. Selamat bercuti! Ikhlas daripada: Seluruh barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Pengurusan Tertinggi, serta Kakitangan Yayasan Wilayah Persekutuan & Anak-anak Syarikat. #YayasanWilayahPersekutuan #HariNatal2025 #WilayahPersekutuan #MalaysiaMadani






























































