

Tahniah & Selamat Bertugas - YB Hannah Yeoh
Pelantikan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang baharu: • Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya (pelantikan semula) • Dato’ Hamidah binti Naziadin (pelantikan baharu) • Tengku Datuk Zuhri bin Tengku Abdul Aziz (pelantikan baharu) • YM Raja Noorma binti Raja Othman (pelantikan baharu) • Rohaila binti Mohamed Basir (pelantikan baharu) Perbincangan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah YWP tertumpu kepada hala tuju strategik serta perancangan YWP bagi tahun 2026, d


Karnival KL MADANI @Bandar Tun Razak | 30 Januari 2026
Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) kini berada di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sempena Karnival KL MADANI @ Bandar Tun Razak! Reruai kami akan dibuka selama tiga hari bermula hari ini sehingga 1 Februari 2026. Ketua Pegawai Eksekutif YWP, YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, turut meluangkan masa meninjau persiapan di reruai YWP bagi memastikan kelancaran operasi serta menyantuni kakitangan dan para pengunjung yang hadir.


SARINGAN KANSER SERVIKS PERCUMA UNTUK GOLONGAN WANITA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Kampung Baru, 27 JAN. – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah memperkenalkan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita dengan menggunakan akronim WcaRe sejak tahun 2022 bagi mempromosikan program saringan awal kanser yang merangkumi Program Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) dan juga Program Subsidi Mamogram. Di bawah kempen WCaRe ini, dianggarkan seramai 8,500 orang wanita di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mendapat manfaat perkhidmatan b


YWP Perkasakan Belia Melalui TVET: 9 Graduan ABM Wilayah Utara Terima Sijil Kemahiran Industri
SINTOK, 20 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus membuktikan komitmen dalam memacu agenda pembangunan modal insan menerusi kejayaan penutupan kursus teknikal bagi sembilan orang belia di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara (ABMWU), hari ini. Majlis Penyampaian Sijil tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWP, YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, bagi meraikan para pelajar yang berjaya menamatkan Kursus TVET dalam bidang Building Ope


YWP Sokong Budaya Ilmu, Hadiri Majlis Meraikan Penerbitan Buku 'Bangkit Semula' di DBP
KUALA LUMPUR, 16 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus menunjukkan komitmen dalam menyokong agenda pemerkasaan ilmu dan literasi negara melalui kehadiran ke Majlis Meraikan Penerbitan Buku Bangkit Semula yang berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini. Majlis berprestij itu menghimpunkan barisan tokoh akademik, kepimpinan negara, serta para pencinta ilmu sebagai tanda sokongan terhadap karya yang membawa mesej pembang


YWP dan TNB Santuni 50 Pelajar Labuan, Salur Bantuan 'Back To School' Sempena Musim Sekolah
LABUAN, 17 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama strategik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkasakan agenda pendidikan di Wilayah Persekutuan Labuan melalui penyerahan bantuan tunai Back To School kepada 50 orang pelajar yang memerlukan, hari ini. Inisiatif ini dirangka khusus bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan, sekali gus memastikan murid-murid dapat memulakan sesi akademik baharu dengan lebi


YWP Santuni Warga Flat Taman Mutiara: Salur Bantuan Air Bersih Susulan Gangguan Bekalan di Labuan
LABUAN, 17 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sekali lagi membuktikan komitmennya sebagai organisasi yang sentiasa peka terhadap kebajikan warga Wilayah apabila tampil memberikan bantuan segera kepada penduduk Flat Taman Mutiara, Labuan, hari ini. Misi bantuan ini dilaksanakan sebagai respon pantas terhadap situasi gangguan bekalan air yang telah berlarutan selama lebih 10 hari di kawasan tersebut, yang telah menjejaskan aktiviti harian ratusan keluarga. Sebanya


Salam Israk Mikraj 1447H
Salam Israk Mikraj 1447H Mari kita mengambil hikmah daripada perjalanan agung Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha. Semoga iman kita semakin teguh dan amalan kita diterima-Nya. #SalamIsrakMikraj #ImanDanTaqwa #MuslimLife


Sinergi Pembangunan Wilayah: YWP dan JWP Perkasa Agenda Sosioekonomi Warga Kota
PUTRAJAYA, 13 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menerusi satu sesi perbincangan peringkat tinggi yang diadakan bagi menyelaras hala tuju pembangunan sosial di ibu kota, hari ini. Pertemuan penting tersebut melibatkan YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, bersama Y.Brs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif YWP.


PERJUMPAAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BERSAMA WARGA YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP)
KUALA LUMPUR, 13 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah mengadakan sesi pertemuan antara Ketua Pegawai Eksekutif bersama para pegawai dan kakitangan di Ruang Temu, Wisma YWP hari ini. Program ini bertujuan memperkukuh komunikasi organisasi dan memastikan setiap warga kerja selari dengan visi jabatan. Dalam sesi tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif menekankan kepentingan amalan integriti dan kerjasama berpasukan sebagai teras pelaksanaan amanah. Sesi dialog terbuk






























































